SENARAI PUSAT SEMBELIHAN KORBAN DAERAH TANGKAK

  


Apa itu ibadah Korban.


 " Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada  Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W "


Senarai Pusat Sembelihan Yang Berdaftar


Bagi memastikan aktiviti penyembelihan berjalan lancar, teratur serta mengurang pencemaran alam sekitar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan memastikan kesediaan ibadah korban pada tahun ini berjalan lebih baik. Antara inisiatif yang dijalankan semua aktiviti penyembelihan perlu dilaksanakan di Pusat sembelih ternakan ruminan yang telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Masjid atau surau yang telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Negeri Johor. Untuk tujuan tersebut disenaraikan  Pusat Sembelihan Ternakan yang telah mendaftar dan mendapat kelulusan bagi menjalankan ibadah korban pada tahun ini adalah seperti dibawah.


Bagi kebenaran aktiviti penyembelihan dikawasan Masjid atau Surau permohonan boleh dibuat di Pejabat Agama Islam Daerah Tangkak.


Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”

(Riwayat al-Hakim).


No comments:

Post a Comment